kau akan membencinya .
Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya , kerana andai dia tak pandai
menceriakan , kau mungkin akan menyalahinya .
Apabila kita ingin berteman , janganlah keran kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan , kau
mungkin akan menjauhinya .
Andai engkau seorang sahabat , terimalah dia seadanya , kerana dia seorang sahabat yang hanya
manusia biasa . Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna :)
Hai assalammualaikum dan selamat pagi*lambai tangan* Korang sihat ? Okayy , Faz disini sihat . Alhamdulillah masih lagi bernafas dimuka bumi ini . Auww :* lama tak bukak blog . Seriously , memang lama . Pagi ni nak cerita pasal SAHABAT :) Semua orang dekat muka bumi ni ada sahabat kann ? Mustahil lah kalau takde :3 Hmm , apa makna sahabat ? Bagi saya , sahabat tu orang yang selalu bantu kita ketika susah , bagi kata-II semangat bila kita sedih , dan selalu ada disamping kita . Hmm*no idea* Faz ada sahabat , nama dia Amirah Hashimah Binti Amir Hamzah . Bukan dia sorang je sahabat Faz . Tapi harini Faz nak cerita pasal dia .
Amirah Hashimah Bt . Amir Hamzah
Kiteorang rapat sangad , yaa , sangad rapat sampai digelar macam BF dan GF . Kenal dia start umur 9 tahun . Dia baik , kelakar , peramah , kuat merajuk , dan paling penting . Dia sangat setia dengan pakwe dia . Sekarang apa-II hal semua mengadu dekat dia . Mintak pendapat dari dia . Luahkan perasaan pun dekat dia , menangis pun dekat dia . Haha *bunguk Fazrin ni* kitaorang dah empat tahun berkawan . Lama kann ? yaa , sangat lama . Walaupun sekarang Faz dah tak satu sekolah dengan dia . Faz takpernah lupakan dia termasuklah budak SMKBK yang lain .
Dia pendengar yang setia , selalu dengar masalah Faz . Dia selalu bagi nasihat . selalu buad Faz ketawa . Yaa , dia sangad baikk . Walaupun kami selalu gaduh masa kecik-II dulu , dia selalu kena buli dengan Faz , tapi dia boleh tahan semua tu . Wow , fantastic *ehh , jadi BIGBANG pulakk* :D Kalau Faz buad perkara yang salah , dia selalu tegur macam dia kakak Faz walaupun Faz lahir lebih awal dari dia :P Setiap hari , setiap saat , setiap waktu , Faz mesti teringatkan dia . Yaa , sangad sunyi bila takde kawan , tapi bila hadir SAHABAT seperti dia , perasaan sunyi tu akan hilang .
Kerana sahabat kita ketawa ,
Kerana sahabat kita masih mampu tersenyum ,
Kerana sahabat kita gembira ,
Kerana sahabat kita menangis ,
Kerana sahabat sejati ,adalah anugerah yang terindah :)
Untuk sahabat , kalau suatu hari awak menangis , beritahu saya . Saya tak janji mampu buad awak tersenyum , tapi saya boleh menangis bersama awak . Kalau satu hari awak ada masalah , beritahu saya . Saya tak janji mampu bagi penyelesaian , tapi awak boleh kongsi dngan saya . Kalau satu hari awak nak berjalan , beritahu saya , Saya bukan nak halang awak , Tapi saya boleh teman dan menjaga awak . Kalau satu hari awak perlukan pendengar yang setia , saya janji saya akan ada untuk awak . Tapi kalau satu hari awak perlukan saya , dan saya tak muncul-II mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu :)




